Posts

PENGENALAN

Image
Dalam sisitem pendidikan di Malaysia, antara perkara yang paling penting yang perlu direalisasikan untuk pembangunan pendidikan Negara secara menyeluruh adalah dasar-dasar dan hala tuju pendidikan yang terancang dan bermatlamat untuk menuju wawasan 2020 . Memetik kata-kata Yusof Al Qaradhawi , seorang sarjana dan tokoh pemikir Islam yang tersohor dan disegani oleh semua golongan masa kini, beliau mengatakan: “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlahgenerasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak, berbudi bahasa dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”. Oleh itu, untuk melihat maju atau mundurnya sesebuah negara itu bergantung kepada genarasi mudanya pada masa itu. Dalam konteks ini, pendidikan dilihat sebagaiwahana terbaik dalam melah...

DASAR & HALA TUJU PENDIDIKAN

Image
Sistem pendidikan di Malaysia yang diamalkan sekarang di bentuk  berasaskan beberapa dasar serta hala tuju yang berpandukan kepada FPK. Ia bermula dari era sebelum penjajahan sehingga era kemerdekaan dan seterusnya arah menuju wawasan 2020. Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhikehendak negara. Dasar perlu dilaksanakan untuk menjamin perjalanan sistem pendidikanyang tersusun dan bermatlamat dan berlangsung dengan baik.  Di Malaysia, dasar  pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’.Terdapat empat tujuan utama dasar-dasar yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan seperti Rajah 1; dasar kawalan, dasar solusi, dasar kebajikan dan dasar inovasi yang bermatlamat keharm...

DASAR KEBAJIKAN

Image
Pendidikan itu perkhidmatan yang merupakan suatu kebajikan. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap pemikiran, keilmuan, kemahiran dan kemanusian kepada tahap yang lebih tinggi. Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasaran dan perkhidmatan. Contoh:

DASAR SOLUSI

Image
Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang memberi tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi masalah timbul. Interaksi yang berlaku tidak selalunya lancar, kerap kali interaksi yang berlaku mengalami gangguan dan halangan. Oleh itu dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan. Contoh:

DASAR KAWALAN

Image
Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang mengenakan syarat dan hukuman. Bertujuan sebagai pencegahan, pengajaran dan peringatan. Contoh:

DASAR INOVASI

Image
Dasar yang bertujuan membawa dan memberi pembaharuan dalam pendidikan negara. Dasar ini bersifat futuristik-pragmatik kerana membawa pendidikan kepada keadaan yang lebih baik dari tahap yang sedia ada. Contoh dasar:

PENGARUH DASAR PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN

Image