PENGENALAN






Dalam sisitem pendidikan di Malaysia, antara perkara yang paling penting yang perlu direalisasikan untuk pembangunan pendidikan Negara secara menyeluruh adalah dasar-dasar dan hala tuju pendidikan yang terancang dan bermatlamat untuk menuju wawasan 2020. Memetik kata-kata Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan tokoh pemikir Islam yang tersohor dan disegani oleh semua golongan masa kini, beliau mengatakan:

“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlahgenerasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak, berbudi bahasa dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

Oleh itu, untuk melihat maju atau mundurnya sesebuah negara itu bergantung kepada genarasi mudanya pada masa itu. Dalam konteks ini, pendidikan dilihat sebagaiwahana terbaik dalam melahirkan generasi yang dinamik, progresif, cemerlang, berakhlak  baik dan berhemah tinggi. Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial


Comments

Popular posts from this blog

DASAR & HALA TUJU PENDIDIKAN

DASAR KAWALAN