Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang mengenakan syarat dan hukuman. Bertujuan sebagai pencegahan, pengajaran dan peringatan.
Sistem pendidikan di Malaysia yang diamalkan sekarang di bentuk berasaskan beberapa dasar serta hala tuju yang berpandukan kepada FPK. Ia bermula dari era sebelum penjajahan sehingga era kemerdekaan dan seterusnya arah menuju wawasan 2020. Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhikehendak negara. Dasar perlu dilaksanakan untuk menjamin perjalanan sistem pendidikanyang tersusun dan bermatlamat dan berlangsung dengan baik. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’.Terdapat empat tujuan utama dasar-dasar yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan seperti Rajah 1; dasar kawalan, dasar solusi, dasar kebajikan dan dasar inovasi yang bermatlamat keharm...
Dalam sisitem pendidikan di Malaysia, antara perkara yang paling penting yang perlu direalisasikan untuk pembangunan pendidikan Negara secara menyeluruh adalah dasar-dasar dan hala tuju pendidikan yang terancang dan bermatlamat untuk menuju wawasan 2020 . Memetik kata-kata Yusof Al Qaradhawi , seorang sarjana dan tokoh pemikir Islam yang tersohor dan disegani oleh semua golongan masa kini, beliau mengatakan: “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlahgenerasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak, berbudi bahasa dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”. Oleh itu, untuk melihat maju atau mundurnya sesebuah negara itu bergantung kepada genarasi mudanya pada masa itu. Dalam konteks ini, pendidikan dilihat sebagaiwahana terbaik dalam melah...
Comments
Post a Comment