Posts

Showing posts from July, 2023

PENGENALAN

Image
Dalam sisitem pendidikan di Malaysia, antara perkara yang paling penting yang perlu direalisasikan untuk pembangunan pendidikan Negara secara menyeluruh adalah dasar-dasar dan hala tuju pendidikan yang terancang dan bermatlamat untuk menuju wawasan 2020 . Memetik kata-kata Yusof Al Qaradhawi , seorang sarjana dan tokoh pemikir Islam yang tersohor dan disegani oleh semua golongan masa kini, beliau mengatakan: “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlahgenerasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak, berbudi bahasa dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”. Oleh itu, untuk melihat maju atau mundurnya sesebuah negara itu bergantung kepada genarasi mudanya pada masa itu. Dalam konteks ini, pendidikan dilihat sebagaiwahana terbaik dalam melah...

DASAR & HALA TUJU PENDIDIKAN

Image
Sistem pendidikan di Malaysia yang diamalkan sekarang di bentuk  berasaskan beberapa dasar serta hala tuju yang berpandukan kepada FPK. Ia bermula dari era sebelum penjajahan sehingga era kemerdekaan dan seterusnya arah menuju wawasan 2020. Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhikehendak negara. Dasar perlu dilaksanakan untuk menjamin perjalanan sistem pendidikanyang tersusun dan bermatlamat dan berlangsung dengan baik.  Di Malaysia, dasar  pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’.Terdapat empat tujuan utama dasar-dasar yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan seperti Rajah 1; dasar kawalan, dasar solusi, dasar kebajikan dan dasar inovasi yang bermatlamat keharm...

DASAR KEBAJIKAN

Image
Pendidikan itu perkhidmatan yang merupakan suatu kebajikan. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap pemikiran, keilmuan, kemahiran dan kemanusian kepada tahap yang lebih tinggi. Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasaran dan perkhidmatan. Contoh:

DASAR SOLUSI

Image
Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang memberi tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi masalah timbul. Interaksi yang berlaku tidak selalunya lancar, kerap kali interaksi yang berlaku mengalami gangguan dan halangan. Oleh itu dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan. Contoh:

DASAR KAWALAN

Image
Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang mengenakan syarat dan hukuman. Bertujuan sebagai pencegahan, pengajaran dan peringatan. Contoh:

DASAR INOVASI

Image
Dasar yang bertujuan membawa dan memberi pembaharuan dalam pendidikan negara. Dasar ini bersifat futuristik-pragmatik kerana membawa pendidikan kepada keadaan yang lebih baik dari tahap yang sedia ada. Contoh dasar:

PENGARUH DASAR PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN

Image
 

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Image
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah dizahirkan melalui Penyata Razak (1956) yang dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957). Pada tahun 1960, dasar ini telah disemak semula dan menghasilkan Laporan Rahman Talib yang kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961).  KAJIAN SEMULA: DPK dikaji semula oleh sebuah Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979.  TUJUAN: Tujuan kajian semula tersebut adalah untuk memperbaiki pelaksanaannya agar dapat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi mencapai pembangunan negara. Rentetan daripada kajian semula itu, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] telah digubal dengan tujuan agar sistem pendidikan membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. OBJEKTIF DASAR: Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahulu...

RUMUSAN

Image
Dasar merupakan suatu kerangka, strategi atau petunjuk yang dirancang untuk menterjemahkan wawasan kerajaan kepada suatu program dan tindakan untuk mencapai hasrat yang diingini (Wawasan - keputusan - tindakan).  Mengapa perlu membuat dasar?  Terdapat banyak sebab : janji politik, anjuran pihak dalaman, krisis serta merta, tanggungjawab antarabangsa, penyesuaian atau penyelarasan program sedia ada dan sebagainya. Dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan bertujuan untuk mendisiplin/ kawalan, inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan.  Matlamat? Dasar-dasar tersebut bermatlamat untuk keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan dalam sektor pendidikan. Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai matlamatnya.  Pelaksanaan dasar melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dan bilangan yang ramai. Penggubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan diterjemahkan pada peringkat Kementerian ...