DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah dizahirkan melalui Penyata Razak (1956) yang dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957). Pada tahun 1960, dasar ini telah disemak semula dan menghasilkan Laporan Rahman Talib yang kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961). 


KAJIAN SEMULA:

DPK dikaji semula oleh sebuah Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979. 


TUJUAN:

Tujuan kajian semula tersebut adalah untuk memperbaiki pelaksanaannya agar dapat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi mencapai pembangunan negara.

Rentetan daripada kajian semula itu, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] telah digubal dengan tujuan agar sistem pendidikan membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.


OBJEKTIF DASAR:
Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran 1961, iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..."


LANGKAH-LANGKAH & STRATEGI MATLAMAT DASAR PENDIDKAN KEBANGSAAN

MKKKKK



Comments

Popular posts from this blog

DASAR & HALA TUJU PENDIDIKAN

DASAR KAWALAN

PENGENALAN